Isnin, 15 Disember 2008

AL AQSA - DISINI ISRA'NYA RASULULLAH



Firman Allah

Maksudnya
Mahasuci Allah yang telah memperjalankan hambanya pada malam hari dari Masjidil Haram ke Masjid Al Aqsa yang kami berkati sekitarnya supaya kami memperlihatkan ayat ayat  Kami Sesungguhnya Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat"
Surah al Isra ayat 1

Peristiwa Isra' dan Mi'raj merupakan satu peristiwa penting dalam islam. Dalam peristiwa ini  Rasulullah s.a.w. telah diprjalankan dari Masjidil Haram di Mekah  ke Masjid Al Aqsa di Palestin.



Kemudian Rasulullah naik ke langit mengambil kefarduan ibadah Solat. Ianya berlaku pada tanggal 27 Rejab Tahun kesebelas dari kenabian Rasulullah s.a.w.

Isra' dalam bahasa Arab bermaksud memperjalankan pada waktu malam iaitu Allah telah memperjalankan Rasulnya pada waktu malam dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjid Al Aqsa di Palestin.

Isra'nya Rasulullah bermula selepas solat Isyak dan kembali semula ke Masjidil Haram di Mekah sebelum Subuh pada malam yang sama.

Adapun Mi'raj bermaksud "naik ke langit bertemu Allah di Sidratul Muntaha.



Setelah selesai solat dua rakaat di Masjid Al Aqsa, Rasulullah terus menuju ke arah sebungkah batu besar dan berdiri di atasnya.

Allah telah mengangkat batu tersebut semasa Rasulullah mi'raj ke langit dan membiarkannya terawang awang di udara sehingga ke hari ini.

 

Semasa pemerintahan Khalifah Malik bin Marwan, kawasan sekitar batu tersebut telah ditinggikan. SEbuah masjid telah dibina di kawasan batu tersebut yang dikenali pada hari ini sebagai masjid kuning atau Qubbatus Sakhrak ( Dome of the Rock ).

BATU TERGANTUNG BUKTI NYATA PERISTIWA ISRA' DAN MI'RAJ.

Sebelum berlakunya peristiwa Isra' dan Mi'raj, Orang - orang Yahudi melihat dan menyaksikan bahawa batu yang tergantung itu asalnya terletak di atas tanah.

Mereka juga mengetahui dan mengakui bahawa batu tersebut sebagai isyarat berlakunya Mi'raj Rasulullah ke langit sebagai mana yang tercatat dalam Kitab Taurat, Zabur dan Injil.t.

Andaikata peristiwa Isra' dan Mi'raj ini berlaku bukan di bumi Palestin, sudah pasti mereka akan menafikan kebenaran Rasulullah dan peristiwa Isra' dan Mi'raj .

SEJARAH BAITUL MUQADDIS

Pemandangan Kota Baitul Muqaddis

Baitul-Muqaddis yang dikenali juga sebagai Baitul Maqdis atau Juruselem merupakan sebuah kota suci rebutan tiga agama iaitu Islam, Yahudi dan Kristian.

Di bumi inilah telah menjadi saksi  keteguhan dan kesungguhan para Mursalin dalam mengajak dan mendidik manusia mengenal hakikat Tauhid dan ajaran Islam.

SEJARAH BAITUL MUQADDIS

Baitul Muqaddis dahulunya dikenali sebagai Auor Salem merupakan sebuah ibu negeri kepada Kerajaan Bani Israil pimpinan Nabi Allah Daud a.s. dan puteranya Nabi Allah Sulaiman a.s.

Setelah kewafatan Nabi Sulaiman, kota ini telah jatuh dan dijajah oleh kuasa kuasa besar seperti Kerajaan Asyiria ( Asyur ),  Mesir, Babylon, Parsi, Rom dan Byzantine.

Pada tahun 135M, kota ini telah dimusnahkan menjadi padang jarak padang tekukur gara gara penentangan yang dilakukan oleh kaum Yahudi terhadap Pemerintah Rom.

Sejak daripada itu tiada seorang Yahudipun dibenarkan menghuni kota suci ini.


Pada tahun 638 M= 634H, tentera
di bawah pimpinan Khalifah Umar al Khattab telah berjaya menawan kota ini dari Kerajaan Byzantine tanpa ada sebarang pertumpahan darah.

Sebagai seorang Khalifah yang amat rendah diri dan sederhana, Khalifah Umar memasuki kota suci ini dengan hanya berjalan kaki .

Tindakan Saidina Umar ini telah memberi satu mesej ccbahawa Islam sebuah agama yang mencintai kedamaian dan keselamatan tanpa mengira bangsa dan agama.

Pembebasan Baitul-Muqaddis ini telah membuka satu era baru dalam lipatan sejarah Kota Baitul Muqaddis setelah sekian lama ianya dikotori dengan pelbagai kecurangan dan amalan syirik. 

BAITUL MUQADDIS JATUH KE TANGAN TENTERA SALIB

Suasana kegemilangan Islam di kota suci ini berakhir pada kurun ke-11 apabila Pope Urban II telah mengisytiharkan Perang Salib yang pertama. 

Tindakan ini adalah sebagai reaksi terhadap polisi menghalang penziarah-penziarah Kristian memasuki Baitul-Muqaddis oleh Pemerintah Islam Seljuk. 

Gerombolan Kristian Eropah telah tiba di pintu gerbang kota suci ini pada tanggal 7 Jun 1099.
Setelah mengepung selama 5 minggu, akhirnya tentera Salib  berjaya menawan Baitul-Muqaddis dan membunuh seramai 40,000 nyawa tanpa belas kasihan.

Pemerintahan tentera Salib tidak membawa kedamaian kepada penduduk kota suci ini malah mereka sewenang wenangnya melakukan kekejaman di sepanjang pemerintahan mereka.



Pada tahun 1187 Masihi (setelah 88 tahun dijajah tentera Salib) Panglima Sallahuddin Al-Ayyubi telah berjaya membebaskan semula kota suci ini tanpa dicemari dengan pertumpahan darah

Penduduk kota ini yang bukan Islam diberi pilihan samada ingin berhijrah ataupun terus menetap di  bawah pemerintahan Islam dengan jaminan pemeliharaan keselamatan nyawa, harta dan tempat ibadah mereka.

PENUBUHAN NEGARA HARAM YAHUDI

Kejatuhan Daulah Uthmaniyyah di Turki pada tahun 1924 telah memberi khabar duka buat umat Islam. Bumi Palestin dan bekas tanah jajahan Daulah Uthmaniyyah telah diagih agihkan kepada tiga kuasa besar iaitu British, Rusia dan Perancis.


Pada tahun 1948 , kaum Yahudi telah dibawa masuk ke bumi Palestin lalu mereka menubuhkan sebuah negara haram Yahudi dengan bantuan kuasa-kuasa Barat.

Bermula dari saat ini kota suci ini terus bermandikan darah. Kini kota suci ini  tidak lagi mengenal erti keamanan dan perdamaian.

Keangkuhan bangsa Yahudi semakin menjadi jadi. Pada tahun 1969 seorang pelawat Yahudi Austria telah bertindak membakar Masjid Al-Aqsa yang memusnahkan mihrab yang dibina oleh Sallahuddin Al-Ayyubi . 

Diikuti pada tahun 2000, Perdana Menteri Ariel Sharon dengan bongkaknya menceroboh kawasan Al-Quds.


Kini ( Mei 2018 ), Kota Suci ini telah dijadikan ibu negeri bagi sebuah negara Yahudi.

BACA LAGI...
Sila klik pada pautan yang berkenaan.

  1. Pembukaan Kota Baitul Muqaddis
  2. Salahuddin al Ayubi
  3. Perang Salib Bhg 1


PENDERITAAN RAKYAT PALESTIN

Ana renung hamparan lelangit malam dari birai jendela. Kosong. Gelap. Hitam pekat. Entah ke mana hilangnya sang bulan. Entah di mana sembunyinya bebintang yang saban malam bergentayangan di puncak sana. Malam ini sunyi sekali persis rumah ana yang sepi daripada gelak-tawa anak-anak. Sunyi daripada usik-mengusik Fathul Rahman, Khairul Bariyah, Zaid dan Fatma. Lebih sunyi tanpa walid mereka, tanpa suami ana yang dicintai, Fakhrul Razi.Kini di atas hamparan sejadah ana bermujahadah sendirian. Melawan kocakan kalbu yang kian parah.

Ana masih ingat dosa Sharon 20 tahun yang lampau apabila beliau terlibat secara langsung mengarahkan pembunuhan beramai-ramai pelarian di kem shabra dan shatila. Ketika itu ana masih anak kecil. Tidak tahu apa itu peperangan. Tidak kenal makna kebuluran. Ana tidak betah bertanya apa yang sedang dan bakal terjadi. Anak-anak kecil seperti ana hanya tahu bermain, makan dan tidur. Tidak mengerti apa-apa. Namun kala itu, ana masih punya mata untuk melihat apa yang terjadi. Punya telinga untuk mendengar.

Ummi dan walid pergi dalam keadaan yang menyiksakan dan menyayat hati. Walid ditembak dari depan, belakang, kanan dan kiri. Berhamburan percikan darah merah membasahi bumi Palestin. Ana masih ingat laungan takbir yang bergema di serata kem tatkala pembunuhan beramai-ramai di situ. Ummi yang bersembunyi meluru ke arah walid. Ummi tidak menghiraukan bahaya di depan.

Ketika itu juga, 3 orang askar Yahudi meluru ke arah ummi. Pantas ummi menyuruh Ana bersembunyi. Erat tangan ummi terlerai dari cengkaman jemari kedil Ana. Ana lari tidak toleh belakang lagi. Ana berhenti dan ana lihat ummi ditendang di perut, ditampar-tampar di muka. Ummi menjerit dan kalimah takbir tidak putus-putus bertali dari bibir ummi yang dibasahi darah pekat. Akhirnya ummi rebah di sisi walid. Ana hanya mampu melihat jasad ummi dan walid dipijak-pijak oleh askar-askar Yahudi laknatullah itu. Ketika itu juga ramai lelaki Palestin yang masih hidup dibawa ke penajara. Dan sesungguhnya, Peristiwa hitam itu masih tersemat di kotak memori.


Setelah pemergian ummi dan walid, ana tinggal bersama keluarga pakcik Salam. Sesungguhnya hanya allah sahaja yang dapat memberikan ganjaran atas segala jasa Pakcik Salam dan keluarga yang banyak menabur budi dan mencurah kasih sayang buat Ana.


Seawal usia 21 tahun ana berkahwin dengan Fakhrul Razi, anak sulung makcik Sumaiya. Dia seorang yang tebal roh jihadnya. Masih segar dalam ingatan bagaimana suaminya yang dikasihi diheret keluar dari rumah dengan kejamnya. Anak-anak menjerit ketakutan. Ana merayu minta fakhrul razi dilepaskan. Satu tamparan mengenai wajah. Darah merah membasahi bibir. Fathul rahman, anak sulung Ana cuba bertindak. Ana tidak menyangka dia seberani walidnya. Tapi setakat manalah kudrat lelaki yang baru meniti usia 18 tahun berbanding sang askar yang telah lengkap imu ketenteraan di dada.
Fajar mula menampakkan wajah dari sebalik bukit. Nun di kejauhan, kelihatan bebayang hitam menuju ke rumah Ana. Fathul Rahman bingkas bangun. 


Walidnya dibawa pulang jua oleh mereka. Namun begitu kuntuman harapan yang baru mula hendak berkembang di jambangan jiwa hancur luluh begitu sahaja apabila Walid mereka (Fakhrul Razi) ditembak bertubi-tubi di hadapan mata. Kejam sekali manusia-manusia itu. Mayat Fakhrul Razi dipijak-pijak sesuka hati. Mereka seperti meraikan sesuatu. Setelah nafsu zalim dipuaskan, mereka meninggalkan fakhrul razi yang tidak bernyawa di situ.

Ana pasrah dan redha atas apa yang terjadi. Ana kini sebatang kara. Pengkhianat hak asasi kemanusiaan itu telah merampas segala-galanya. Rakus mereka membenamkan peluru-peluru tidak bermata itu ke dada suami dan anak-anak ana yang ana sayangi. Kini ana kehilangan mereka. Dan sungguh! Ana tidak akan memaafkan perbuatan durjana itu.


Catatan :
Untuk ke blog saya yang lain, sila klik pada ruangan 


LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

NASYID (UMMI, MOTHER & MU'ALLIM)


VideoPlaylist
I made this video playlist at myflashfetish.com

KENANGAN MANIS DI JORDAN

Enter Fleedy.com